top of page

Pembedahan Mata Atau Titisan Mata?

Writer: Dr KavithaDr Kavitha

Kemajuan perubatan membolehkan penjagaan kesihatan menjadi lebih canggih dan efektif. Namun, bolehkah titisan mata sahaja menggantikan prosedur pembedahan? Jawapannya tidak, sekurang-kurangnya buat masa kini dan masa akan datang yang terdekat ini. Berikut adalah beberapa pembedahan mata yang biasa dilakukan oleh pakar perbedahan mata seperti saya. Kebanyakan prosedur perbedahan yang pakar mata jalankan adalah untuk mencegah kehilangan penglihatan dan atau buta kekal.


Pembedahan Katarak


Cataract Surgery | Melaka | IDrKavitha

Pembedahan katarak adalah salah satu pembedahan mata yang saya dapati lebih memuaskan untuk dilakukan. Sebabnya adalah kerana pembedahan katarak boleh mengembalikan penglihatan yang hilang, dengan kadar kejayaan yang tinggi dan komplikasi yang minima. Katarak adalah keadaan di mana lensa semulajadi dalam mata menjadi kabur dan mengaburi penglihatan. Ia mungkin kelihatan seperti tirai putih atau seperti melihat melalui tingkap yang berkabus. Penyebab paling biasa untuk katarak berlaku adalah penuaan dan progresi penyakit yang sangat perlahan.


Tidak, titisan mata atau ubatan lain tidak dapat menyembuhkan katarak. Biasanya, anda perlu menjalani pembedahan untuk membuang kanta mata semulajadi yang rosak, diganti dengan kanta sintetik kekal. Pembedahan katarak secara amnya adalah prosedur yang selamat dan berkesan. Terdapat beberapa pilihan apabila berhadapan dengan jenis lensa; saya biasanya akan menjelaskan perbezaannya dan membenarkan pesakit saya memilih yang sesuai dengan gaya hidup mereka.


Pembedahan Mata Korektif (Pembetulan Penglihatan)


Perbedahan Lasik | IDrKavita | Melaka

Pembedahan mata korektif merujuk kepada pembedahan yang dilakukan untuk membetulkan kesalahan refraktif seperti astigmatisme, rabun jauh (miopia) dan rabun dekat (hipermetropia). Prosedur atau pembedahan ini dilakukan untuk mengurangkan atau menghilangkan kebergantungan pada cermin mata atau kanta lekap. Ia mungkin untuk tujuan estetik, keselesaan atau meningkatkan prestasi sukan atlet.


Jenis-jenis biasa pembedahan mata korektif untuk merawat astigmatisme, rabun jauh, atau rabun dekat adalah seperti berikut:


  • Pembedahan Kanta Lekap Kekal (ICL) disyorkan untuk orang yang tidak dapat menjalani pembetulan penglihatan refraktif laser kerana kuasa refraktif yang tinggi atau keadaan kornea yang nipis.

  • Laser-assisted in situ keratomileusis (LASIK) dan photorefractive keratectomy (PRK) adalah prosedur laser yang dilakukan dengan mengubah bentuk kornea untuk membetulkan posisi cahaya yang jatuh pada retina mata.

  • Laser-assisted subepithelial keratomileusis (LASEK) di prosedure lain menggabungkan manfaat kedua-dua LASIK & PRK.

  • Small Incision Lenticule Extraction (SMILE), seperti namanya, adalah pembedahan di mana pembedahan memotog dan mengeluarkan sebahagian kecil tisu berbentuk lensa (lenticule) dalam kornea.


Terdapat pelbagai prosedur perbedahan lain mungkin diperlukan oleh pesakit. Ada prosedur elektif seperti pembuangan ketuib atau perbedahan untuk mata kering yang bukan kecemasan. Ada juga prosedur perbedahan kecemasan untuk menyalamatkan mata dan penglihatan seperti dalam "detachment" retina dan kecederaan trauma. Bagi kebanyakan penyakit atau kondisi mata, ubat-ubatan, perubahan gaya hidup and prosedur yang tidah "invasive diberi" keutamaan, namun, di sesetengah situasi perbedahan tidah dapat dielak.


Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang penglihatan anda atau sudah tiba masanya untuk pemeriksaan rutin, jangan tunggu lagi—buat temujanji dengan kami hari ini. Pengesanan awal dan penjagaan yang baik boleh membawa perubahan besar. Mari kita bersama-sama menjaga penglihatan anda untuk masa depan yang "jelas".

 
 
 

Comments


Hubungi dan jadualkan temujanji hari ini!

+6012 250 7415

+606-2319999 Samb. 3400

Sertai senarai mel kami

Jangan terlepas maklumat terkini

Hospital Pantai Ayer Keroh

6, Tingkat 1, Blok A, No 2418-1, KM 8 Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka, Malaysia

iDrKavitha @ 2020

bottom of page